Penyerang anak Rafizi dayus, bangsat! – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh melabel pihak yang menyerang anak Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai dayus dan bangsat.

Akmal menyelar tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan apabila memangsakan keluarga Rafizi sedangkan pihak penyerang berkenaan tidak berpuas hati dengan ahli Parlimen Pandan itu.

“Ini satu tindakan yang dayus dan bangsat!

“Kalau kamu tidak berpuas hati,sila berdepan dengan individu tersebut,bukan dengan memangsakan keluarganya,” bidas Akmal.

Susulan itu EXCO Melaka itu menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan perlindungan penuh kepada Rafizi dan keseluruhan ahli keluarganya.

“Saya gesa pihak KDN untuk memberikan perlindungan sepenuhnya kepada YB Rafizi Ramli dan juga kepada keseluruhan ahli keluarganya

“Hanya perbuatan orang yang bangsat sahaja yang gunakan taktik sebegini rupa,” tempelak beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat