KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh UMNO perlu berani berani melakukan perubahan jika tidak mahu dilupakan.
Katanya, UMNO perlu berani mengutamakan suara rakyat bukannya suara pemimpin.
“Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO
“Membawa suara rakyat perlu diutamakan bukan suara pemimpin
“Berani untuk berubah,jika kita tidak mahu UMNO terus dilupakan.” Katanya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Ahad.
Ujar Dr Akmal yang juga ADUN Merlimau, ramai masih sayangkan UMNO kerana masih bercakap kekalahan UMNO berbanding kemenangan parti lain.
“Ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain
“Maksud disini ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO.” Ujarnya.
Terdahulu pada PRN semalam, UMNO yang bertanding sebanyak 108 kerusi hanya memenangi 19 kerusi sahaja.
Perikatan Nasional (PN) menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selain satu kerusi Parlimen di Kuala Terengganu yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Di Kedah, UMNO juga tewas semua kerusi yang ditandingi.
Manakala di Negeri Sembilan UMNO hanya memenangi 14 kerusi, Selangor 2 kerusi, Pulau Pinang 2 kerusi dan Kelantan 1 kerusi.