- Advertisement -
SHAH ALAM — Kerajaan negeri Selangor mengumumkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti hari kelepasan am.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan media hari ini berkata pengisytiharan itu sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15.
“Sukacita dimaklumkan kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, bersamaan 27 Muharam 1445H sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memberitahu bahawa kerajaan perpaduan PH-BN akan mengisytiharkan Isnin sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan itu berjaya dalam PRN Selangor kali ini.