Ramli sambut baik kerajaan negeri Pahang beri pemilikan tanah kepada masyarakat Orang Asli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli (SPEOA), Datuk Ramli Mohd Noor menyambut baik keputusan Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kerajaan negeri untuk memberi pemilikan tanah kepada Masyarakat Orang Asli di Pahang.

Menurutnya, Projek perintis Skim Tanah Rakyat Khas (STRK) yang meliputi projek penanaman Kelapa Sawit ini akan memberi manfaat kepada 359 orang bakal meningkatkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli.

“Saya selaku Pengerusi Sekretariat Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli (SPEOA) berasa amat gembira sekali dengan keputusan kerajaan Negeri Pahang yang bersetuju untuk memberikan pemilikan tanah kepada masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang.

“Projek perintis Skim Tanah Rakyat Khas (STRK) ini akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Kampung Mempelam dan Kampung Orang Asli Permatang Siput di dalam daerah Pekan, Pahang. Projek tersebut akan dilaksanakan oleh Orang Asli Corporation (ORACO) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

“Projek ini meliputi projek penanaman Kelapa Sawit yang akan memberi menafaat pendapatan kepada seramai 359 orang dari kalangan masyarakat Orang Asli disitu. Selepas projek perintis ini, Kerajaan Negeri Pahang juga akan meluluskan STRK ini di Kawasan Perkampungan Orang Asli yang lain.” kata Ramli.

Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands juga menyarankan supaya mekanisma model STRK ini diguna pakai oleh Kerajaan Negeri yang mempunyai masyarakat Orang Asli agar ia dapat membangun serta menaiktaraf ekonomi rakyat masyarakat Orang Asli di negeri mereka.

“Saya berasa amat bangga dan menyokong sepenuhnya dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang terutama kepada YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang yang sangat komited menjaga kepentingan pembangunan sosial bagi masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.” ujar Ramli.

Terdahulu, Masyarakat Orang Asli akan diberi pemilikan tanah bagi memastikan kebajikan mereka terus dijaga dan tidak dipinggirkan.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, seramai 359 Orang Asli akan menerima pemilikan tanah bagi meningkatkan sosioekonomi menerusi projek-projek ekonomi menerusi penubuhan Orang Asli Corporation (ORACO).-SUARATV

Kata Wan Rosdy menerusi kenyataannya pada Rabu, Kerajaan Negeri juga turut merancang untuk melaksanakan Skim Tanah Rakyat Khas ini di kawasan-kawasan masyarakat Orang Asli yang lain bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka.-SUARATV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat