Mohamad Hasan halang usaha hendak jual Pharmaniaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan ada pihak yang menggunakan ‘kabel’ dalam kalangan pemimpin tertinggi negara untuk membeli syarikat Pharmaniaga Bhd dengan harga murah.

Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah dengan tidak membenarkan urusan itu berlaku sambil menegaskan jika ada masih berdegil mahukan syarikat berkenaan, mesti ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu.

Katanya, beliau terpaksa ‘bertegang urat’ dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri mengenai hal itu bagi mempertahankan syarikat berkenaan.

“MINDEF (Kementerian Pertahanan) bagi berbilion-bilion (ringgit) untuk jalankan perniagaan, uruslah dengan elok-elok.

“Bagaimana saya bertengkar dalam (mesyuarat) Kabinet, hampir-hampir saja Pharmaniaga hilang konsesinya. You (anda) tanya (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Datuk (Ahmad) Nazim (Abdul Rahman) dan tanya MOF (Kementerian Kewangan).

“Bukan senang. Sampai ada orang buat bidaan melalui pemimpin tertinggi nak beli syarikat kita. Nak beli murah-murah. Macam-macam.

“Jadi saya cakap tidak. Langkah mayat saya dulu. Biar saya uruskannya. Biar kita sama-sama uruskan syarikat kita dan saya sangat pasti kita boleh bangunkan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (MAMPAN 25) lapor BH pada Khamis.

Pharmaniaga Bhd sebelum ini pernah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berkahir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya, dengan peruntukan RM552 juta untuk stok vaksin COVID-19 yang bergerak perlahan.

Situasi itu mendorong syarikat bermasalah kewangan itu berada di bawah kategori PN17 atau syarikat bermasalah kewangan.

Perolehan syarikat itu merosot 27.1 peratus kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan terdapat permintaan yang lebih rendah daripada kerajaan untuk membeli vaksin COVID-19.

Pada 14 Mac lalu, Pharmaniaga Bhd mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Md Eusope, melepaskan jawatannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat