CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan masih membisu dan gagal memberi jawapan mengenai tuduhan berkaitan rumah peribadi dan beberapa aset lain.
“Anwar Ibrahim terus membisu mengenai tuduhan terhadap aset yang digunakan iaitu rumah perubadi, kereta dan tanah yang dimiliki di Port Dickson ketika dia menjadi Ahli Parlimen.
“Namun seperti yang saya jangka dia akan pusing pakai kuasa dengan kerah penguatkuasa untuk beri tekanan.
“Seperti saya dimaklumkan semalam hari ini Peguam dan Setiausaha Politiknya muncul buat laporan Polis ke atas 3 individu yang bercakap hal tersebut iaitu saya, Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen .
“Saya bangkitkan persoalan mengenai persoalan integriti dan keselamatan bila seorang PM duduk rumah atas nama tauke dan 2 individu lagi meminta Anwar memberikan jawapan. Adakah bila Anwar jadi PM sudah tidak boleh rakyat tanya ? Angkuh betul!
“Mereka kata saya fitnah soalan pertama betul atau tidak Anwar ada rumah sendiri sebaliknya pilih duduk rumah tauke cina ? Tidak duduk rumah rasmi tersedia sebaliknya duduk rumah tauke cina ?
“Jadi di mana salah soalan saya ? Nak pakai polis diamkan saya, silakan,” katanya, dipetik dari status di laman Facebook beliau, hari ini.
Badrul Hisham yang popular dengan panggilan Chegu Bard mendakwa rakyat melihat wajah Anwar yang sejak sebelum Pilihanraya hingga jadi PM hidup mewah dan penuh misteri.
“Rumah pajak.. kereta sedekah,” katanya sinis.
“Keduanya, kereta mewah BMW yang dia naiki, salah satu milik ahli korporat yang terkait lantikan GLC dan jalankan projek di Selangor ? Pun dia ambil mudah dia jawab “orang pinjamkan”….
“Kereta mewah Jaguar yang dia guna atas nama Yayasan Aman dia nak cakap apa pula ? Dia kata tidak dibeli guna duit Yayasan, Orang “sedekah” kereta mewah ke Yayasan untuk bantu orang miskin ?
“Anwar berselindung di balik kuasa, dia susahkan PDRM. Banyak kes jenayah PDRM kena selesaikan tapi apakan daya kita ada PM yang nak tak boleh jawab isu sebaliknya guna PDRM. Isu Hannah Yeoh – Jom Ke Gereja PDRM juga masih hutang siasatan laporan polis saya,” ujarnya lagi.