Sebab Terlalu Sayang, Pasangan Nikah Depan Jenazah Bapa

- Advertisement -

JAKARTA: Kerana terlampau mengasihi lelaki yang membesarkannya, pasangan pengantin dari Samarinda melangsungkan akad nikah di depan jenazah si bapa.

Pasangan mempelai, Romadhony Putra Pratama dan isterinya mahu perkahwinan itu disaksikan arwah walaupun hanya sekujur mayat.

Mangsa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Samarinda, Siswadi meninggal dunia selepas rebah ketika bersukan dipercayai diserang angin ahmar.

Lima jam selepas bapanya disahkan meninggal dunia, anak sulung arwah Romadhony memutuskan melangsungkan akad nikah di depan jenazah itu sebelum dikebumikan.

“Saya diberitahu bapa sudah meninggal dunia ketika di hospital dan memutuskan supaya akad nikah kami dilangsungkan di depan jenazah papa,” katanya.

Keputusan itu diambil sebagai penghormatan pada bapanya yang pastinya mahu menyaksikan detik indah mereka disatukan sebagai suami isteri.

“Walaupun hanya jasad. Tapi saya yakin roh Papa masih ada di sekitar saya dan menyaksikan saya meminang isteri sekarang ini,” katanya.

Katanya, bapanya sudah menyampaikan mengenai rancangan pernikahan mereka tahun ini kepada rakan mereka.

“Papa sudah beritahu (mengenai pernikahan mereka) jika ke mana-mana. Walaupun tiada persiapan dibuat, tetapi memang ada perbincangan dibuat keluarga mengenai pernikahan kami,” katanya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat