Bagi saya Buka Minda Bekas Menteri Kata Pak Wan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera, Kpisoft Malaysia Sdn Bhd adalah milik anak tempatan, bukan milik syarikat di luar negara meskipun ia didaftarkan di Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata demikian ketika membidas soalan tambahan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

“Kita kena buka minda sikit, tak semestinya syarikat yang berdaftar di luar negara buka milik kita.

“Kpisoft Malaysia adalah milik rakyat Malaysia. Beratus ribu syarikat berdaftar di luar negara adalah milik rakyat Malaysia,” katanya.

 

 

Jawapan tersebut turut mengundang tawa ahli-ahli dewan yang lain, hingga ada yang menyifatkan Maszlee sebagai ‘telah cerdik’ setelah menjadi pembangkang.

Menurut Redzuan yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan, ekosistem yang terdapat di Malaysia tidak membolehkan kepakaran tempatan dibangunkan di negara ini.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan Maszlee yang menyatakan Perikatan Nasional memperlekehkan kepakaran teknologi tempatan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Redzuan berkata, kerajaan kini sedang membangunkan satu induk digital atau Master Digital Platform bagi memastikan keselamatan siber boleh merangkumi di dalam ruang itu sendiri.

Pada ketika ini, Malaysia masih dalam peringkat pembangunan dan ia akan dilancarkan dalam tempoh lima tahun lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat