Katsetiu Villas percutian tepi pantai yang menakjubkan!

- Advertisement -

Anda ingin bercuti di tepi pantai, tetapi inginkan keselesaan serba moden?

Katsetiu Villas merupakan lokasi percutian yang indah yang terletak disepanjang 3 kilometer pantai Bari Besar Setiu, Terengganu dengan pemandangan pulau-pulau berdekatan yang menakjubkan, seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Di sini terdapat pelbagai pilihan villa yang luas dengan reka bentuk yang moden serta menyediakan kemudahan seperti dapur serba lengkap, bilik mandi, dan penghawa dingin yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan.

Villa yang memuatkan dari dua hingga enam orang ini terlihat sangat unik apabila anda dapat menikmati keindahan pemandangan dari dalam melalui tingkap kaca yang dipasang di setiap villa. Menari bukan!

Melalui tingkap kaca itu juga membolehkan anda menikmati cahaya semula jadi sekaligus mampu memberi kenikmatan pemandangan tropika atau laut yang sangat mengujakan.

Menawarkan harga RM600 hingga RM2,000 untuk satu malam, ia termasuk sarapan pagi dan katil tambahan untuk kanak-kanak jika diperlukan, bergantung kepada villa pilihan anda.

Katsetiu Villas percutian tepi pantai yang menakjubkan

Selain itu, jika anda ingin berenang, akses terus yang mudah untuk ke pantai membolehkan anda menikmati lautan pada bila-bila masa sepanjang hari, atau hanya ingin bersantai menimati angin sepoi di tepi laut.

Bagi yang gemar memasak, kelengkapan dapur yang lengkap disediakan atau anda boleh menjamu selera di kafeteria sahaja.

Apa yang lebih menarik, jika anda ingin menikmati makan malam barbeku, seorang chef disediakan dan akan memanggang daging yang lazat dan menyediakan pelbagai hidangan enak dengan pelbagai menu pilihan dan minuman yang menyegarkan berharga RM150 bagi dewasa dan RM75 kanak-kanak.

Perkhidmatan untuk menyewa peralatan barbeku villa juga disediakan berharga RM50 untuk satu set barbeku kecil, atau RM150 untuk satu set barbeku yang lebih besar.

Katsetiu Villa juga menyediakan perkhidmatan sewa bot persendirian eksklusif yang membawa anda mengelilingi Pulau Redang atau Pulau Perhentian di mana anda boleh menyelam dan menikmati aktiviti air yang lain.

Alamat
Katsetiu Villas
72842, Jalan Bunga Tanjung,
Setiu, 201010 Permaisuri,
Terengganu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat