Ibu bapa Zayn Rayyan dibenar ikat jamin RM20,000, Ismanira tak sihat dan muntah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ibu bapa Zayn Rayyan Abd. Matiin yang didakwa atas pertuduhan mengabai kanak-kanak itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000.

Tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Sebelum itu, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabai anak mereka yang berusia enam tahun pada Disember tahun lalu.

Pengakuan mereka direkodkan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh, lapor Kosmo!

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di sini pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Berikutan itu, mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, ibu kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abd. Matiin memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa dia tidak sihat dan muntah.

Tertuduh, Ismanira Abdul Manaf berkata demikian ketika ditanya jurubahasa sama ada wanita itu dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari sihat atau tidak.

Pada prosiding itu, Zaim Ikhwan memberitahu dia sihat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron, manakala peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Abdul Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Pasangan suami isteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu.

Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan berusia 29 tahun itu didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di sini pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Berikutan itu, mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

“Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” kata kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang ketika ditanya pengakuan mereka untuk direkodkan.

Pasangan tersebut kemudian dilihat beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar pukul 10.58 pagi tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat