Guru bahasa Inggeris itu bayar kadar gaji Singapura? – Puad tanya kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menuntut penjelasan kerajaan berikutan

Malaysia menyuarakan permintaan kepada Singapura bagi menghantar tenaga pengajar khusus pembelajaran bahasa Inggeris dalam membantu golongan pelajar di negara ini.

Puad membangkitkan persoalan berkait perbelanjaan negara sekiranya gaji guru Singapura itu dibayar mengikut kadar matawang negara jiran itu.

“Betulkah nak ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura? Bertambahlah perbelanjaan negara.

“Mesti ikut rate gaji dan mata wang Singapura. Kata nak berjimat,” kata Adun Rengit itu.

Speaker DUN Johor itu malah bertanya adakah langkah itu kerana Malaysia kekurangan guru subjek bahasa berkenaan atau yang sedia ada kurang berkualit?

“Ini masalah Malaysia tidak cukup guru BI atau kualiti guru BI Malaysia memang rendah?

“Harap biar jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil yang jawab. Tetapi jangan bagi jawapan pening. Kesian Wee Ka Siong,” ujar Puad.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan permohonan ‘kecil’ namun bersifat penting di sebalik pelbagai isu besar yang dibincangkan ketika pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia selepas dilantik memegang jawatan berkenaan.

Anwar berkata, Wong juga turut menyambut baik permohonan itu yang mana kumpulan tenaga pengajar tersebut boleh dipilih dalam kalangan graduan muda untuk dihantar mengajar ke beberapa daerah di negara ini bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek lain.

“Kami berbincang tentang kemungkinan Singapura boleh menghantar guru untuk mengajar bahasa Inggeris atau beberapa mata pelajaran lain ke banyak daerah di negara ini.

“Saya amat berbesar hati kerana Wong bersedia untuk bersetuju dengan perkara ini secara positif.

“Ini bukan sesuatu yang kami sediakan melalui pegawai,” kata Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat