Dilema masyarakat Islam Uighur di China

- Advertisement -

Pusat Kajian Uighur (CUS) telah menerbitkan kertas penyelidikan terperinci setebal 88 muka surat pada 28 April 2023, yang melaporkan skala perang transnasional Parti Komunis China (PKC) terhadap Islam dan akibat serta kesan daripada penindasan terhadap umat Islam Uighur dengan tumpuan khusus pada dasar kerajaan China. di Turkestan Timur, lebih dikenali sebagai Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang di China.

Kertas penyelidikan itu mendedahkan bahawa di China, Islam dianggap sebagai agama asing yang datang dari luar China, dan berpandangan bahawa penganut agama Islam adalah orang asing dan mundur. Bercakap tentang asal Islam itu sendiri, para penyelidik mengesahkan bahawa kebencian terhadap umat Islam di negara itu telah bermula sejak tahun 1949 dengan kemunculan Republik Rakyat China (RRC), dan telah bertambah buruk dalam tempoh 70 tahun pemerintahan PKC.

Laporan itu menekankan bahawa kebencian terhadap Islam di China berada pada tahap yang amat tinggi. Isu itu diburukkan lagi dengan gambaran Islam dan umat Islam yang telah dimainkan oleh media negara tersebut, serta lanskap media antarabangsa yang meniup semangat anti Islam di China juga dicipta oleh “Perang Global Melawan Keganasan” yang diisytiharkan berikutan serangan 9/11 di Amerika Syarikat.

Sejak Presiden Xi Jinping memegang jawatan, permusuhan RRC terhadap umat Islam terus meningkat dengan mendadak. Persidangan kerja PKC mengenai hal ehwal agama yang berlangsung pada 2016 menandakan titik permulaan dalam tindakan penekanan Kerajaan terhadap Islam. Pihak berkuasa China telah memulakan tindakan keras di seluruh negera terhadap pelbagai agama yang berbeza, terutamanya yang dianggap asing (seperti Islam dan Kristian) sehingga diwujudkan Kem Tahanan Khusus di Xinjiang atas justifikasi ‘pendidikan dan pemulihan budaya’.

Penganiayaan terhadap kaum Islam Uighur di Xinjiang adalah bentuk Islamofobia paling radikal.

Laporan badan pemikir itu mendedahkan bahawa manifestasi paling melampau kebencian terhadap Islam di China adalah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap Muslim Uighur di Xinjiang. Berjuta-juta orang Islam telah dipenjarakan oleh pihak berkuasa China di bawah samaran “pendidikan semula dan pemulihan,” dan beribu-ribu masjid telah dimusnahkan di Turkestan Timur. Pihak berkuasa China membandingkan Islam dengan “penyakit berjangkit” dan Muslim Uighur dengan “orang yang dijangkiti,” menekankan keperluan untuk menghapuskan kepercayaan itu.

Laporan itu turut menjelaskan sejauh mana eksploitasi umat Islam Uighur oleh Komunis China – bahawa umat Islam di China telah mengalami diskriminasi akibat sokongan terang-terangan dan rahsia kerajaan China terhadap insiden di mana lelaki dan wanita Islam yang memakai tudung dimaki dan dicerca; mereka dihalang dari ruang awam seperti hospital dan hotel serta dinafikan peluang pekerjaan; amalan makanan Muslim sebagai halal atau haram ditentang hebat; pakaian dan adat istiadat Islam diserang dan dijauhi kerana dipandang asing oleh masyarakat Cina.

ini merumuskan bagaimana amalan diskriminasi perkauman, khususnya yang berkaitan dengan kaum Uighur di Turkestan Timur, telah mempengaruhi dasar dan polisi kerajaan di China. Dapatan ini bukan sahaja benar di China, malah turut dilihat di negara-negara lain seperti Palestin, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, dan juga Myanmar. Mana-mana kerajaan tidak sewajarnya menghalang rakyatnya dari mengamalkan kepercayaan agama dan budaya masing-masing, kerana hak kebebasan beragama merupakan hak asasi mana-mana rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat