Annuar Dah Nikmati Banyak Manfaat Daripada Umno – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jasa dan bakti yang pernah ditaburkan Tan Sri Annuar Musa kepada Umno sangat dihargai sayap Pemuda Umno.

Meskipun menghormati pilihan Annuar yang memilih menyertai PAS namun Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh mengakui akan membina semula Umno dengan semangat yang pernah dititipkan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini.

“Usul Pemuda Umno supaya parti memperhalusi dan mempertimbang kemasukan kembali pimpinan yang berada di luar parti telah disambut baik oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 tempoh hari.

“Namun, tular ucapan Tan Sri Annuar Musa yang menidakkan jemputan itu dan mahu menyertai PAS. Itu hak beliau yang kami hormati.

“Kami (Pemuda Umno) akan bina rumah ini dengan semangat yang pernah Tan Sri titipkan buat kami orang muda untuk terus setia dan berkhidmat menjaga rumah kita ini ketika Tan Sri menjadi ahli Umno dahulu,” kata Akmal dalam kenyataan, semalam.

Dengan nada sedikit terkilan dengan tindakan Annuar, namun Akmal tetap berterima kasih kepada Annuar atas jasanya kepada Umno selama ini.

“Walaupun, kami percaya sejak dilantik menjadi senator dan menteri, diberi peluang menjadi Ahli Parlimen mewakili parti – pastinya banyak memberi nikmat dan kelebihan buat Tan Sri dan orang di sekeliling Tan Sri.

“Pastinya juga, ada juga yang telah Tan Sri sumbangkan kepada parti. Justeru, Pemuda Umno ingin mengucapkan terima kasih pada Tan Sri dan semua yang telah keluar dari landasan perjuangan yang luhur ini.

“Pemimpin datang dan pergi, InsyaAllah kami barisan anak muda dan pemimpin pelapis ini apatah lagi yang tidak pernah memegang jawatan yang besar seperti Tan Sri akan terus kekal setia untuk bersama membina rumah kita yang banyak berjasa pada kita ini,” ujar Dr Akmal lagi.

Terdahulu Annuar berkata, keputusannya menyertai PAS bukannya perkara mudah memandangkan sudah 50 tahun mengabdikan diri dalam Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat