190 Kawasan Panas PRN – Acryl

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi.

“Ia diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang,” katanya lapor Bernama, pada Selasa.

Acryl Sani berkata lokasi berkenaan dikategorikan sebagai kawasan panas kerana dilihat berpotensi untuk tercetusnya provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Justeru katanya, bagi memastikan kelancaran PRN, pihaknya akan melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada aspek keselamatan pengundi, tempat pengundian dan tempat penjumlahan undi.

Menurutnya, bagi pengundian awal di enam negeri tersebut, ia akan membabitkan 93,833 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat