Kepimpinan Pas terima permohonan maaf Nik Zawawi, harap jadi pengajaran – Timbalan Presiden Pas

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pas menerima penjelasan dan permohonan maaf daripada Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh atas kekhilafan yang berlaku ekoran ucapan beliau dalam ceramah di Kuala Terengganu.

Menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dengan penjelasan dan permohonan maaf tersebut, diharapkan perkara ini menjadi pengajaran serta panduan kepada masyarakat untuk mendalami ilmu pengetahuan, meneliti panduan para ulama terdahulu dalam memahami sesuatu peristiwa, serta membezakan antara kitab-kitab sirah, hadis dan para sahabat.

“Penjelasan dan permohonan maaf atas sesuatu kekhilafan ialah sikap terpuji yang wajar dihayati.

“Kita juga memahami bahawa kesilapan para sahabat pada zaman jahiliyah telah diampuni oleh Allah SWT, lalu mereka menjadi sahabat Rasulullah SAW yang turut berjuang bersama Baginda.

“Semoga kita terus memperkasakan pembinaan ummah dan mengukuhkan perjuangan dalam mendepani cabaran semasa.

“Semoga kita sentiasa berada dalam inayah Allah SWT,” ujar Tuan Ibrahim.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat