Izzah harus turun berkempen jangan hanya harapkan papa, bimbang ‘kempen ketakutan’ Rafizi cipta kemenangan – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil ‘menasihatkan’ calon Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya tidak hanya berdiam diri dan hanya melakukan kempen senyap serta mengharapkan pengaruh dan bantuan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.

“Kalau kamu teruskan kempen lemah longlai dan harap nama papa serta nostalgia Puteri Reformasi kamu dalam kempen dua minggu ini, kempen ketakutan atau fear campaign Rafizi akan menang dan kamu akan menangis lagi ke pangkuan papa,” nasihat Isham.

Tegas beliau lagi, semalam Rafizi membentangkan formula lagi.

“Dia tunjuk graf, dia kata PH tak dapat 35 peratus undi Melayu. 20 tahun Anwar cuba namun PH mana pernah dapat 35 peratus undi Melayu, Rafizi.

“Masa PH menang PRU14 dengan Tun Mahathir dan Bersatu pun PH hanya dapat 25 peratus undi Melayu. Sekarang kamu harap Umno untuk tambah undi Melayu untuk kamu. Tapi sebaliknya berlaku, bila Umno join kamu jadi UMDAP, mereka yang hilang undi Melayu. Yang undi kamu dan PH adalah pengundi Cina.

“Sekarang kamu kata kepada penyokong kamu PH akan hilang undi Cina pula dalam PRU16. Ini taktik paling lama dalam buku (oldest trick in the book): Beri ketakutan kepada akar umbi kamu supaya mereka undi kamu. Penyokong-penyokong kamu pun takut dan kagum dengan kempen kamu. Padahal benda ini basic.

“Dan bila formula-formula kamu ini tidak menjadi lagi (sepertimana bila kamu jadi Menteri Ekonomi), kamu salahkan pengundi dan kata formula tengah berjalanlah bodoh. Penyokong-penyokong kamu pun kembali kagum dengan kamu dan mengaku mereka bodoh,” bidas Isham.

Justeru bekas pegawai Najib itu mengingatkan Nurul Izzah untuk turun padang berkempen untuk menang jawatan nombor dua PKR.

“Kepada Nurul Izzah, kamu tidak boleh berdiam diri dan kempen senyap-senyap saja serta harapkan papa bantu.

“Kamu tahu yang akar umbi kamu itu ramai yang jenis guling-guling, jenis ini memang suka dengar hasutan dan menghasut.

“Di puncak kuasa, orang-orang keliling kamu akan takut untuk beritahu cerita sebenar kepada kamu. Saya hanya rakyat biasa yang suka tengok wayang dan makan super ring dan popcorn,” ujar Isham.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat