TDM & TNI – AD patahkan sindiket seludup barang di sempadan Malaysia-Indonesia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BA’KELALAN – Gandingan mantap pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI – AD) berhasil menggagalkan kegiatan sindiket penyeludupan tepung gandum, minyak masak dan minuman keras di sempadan Malaysia-Indonesia pada Rabu lepas.

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen (MK 1 Divisyen) memaklumkan kejayaan Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri dalam serbuan rampasan barang tanpa tuan (RBTT).

Beliau berkata, pada jam 12.00 tengahari anggota TDM bersama TNI-AD melakukan rondaan di Pos Gabma Ba’Kelalan melalui jalan tikus berhampiran Kg. Kunang Kelalan kira-kira 900 meter dari sempadan negara.

Anggota tentera terdengar bunyi kenderaan dan mendapati 2 orang awam, kelihatan mencurigakan bergegas melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran pasukan keselamatan.

Ketika melakukan serbuan pihaknya mendapati terdapat beberapa barangan yang ditinggalkan berhampiran pondok di kawasan itu.

Katanya, hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, terdapat 60 bungkus tepung gandum seberat 60 kg, 30 pek minyak masak seberat 30 kg , 24 botol minuman keras jenama Label 5 dan 9 tin jenama Carlsberg dan Royal Stout.

“Kesemua barang-barang yang dirampas itu itu dianggarkan bernilai RM 4,182, dipercayai diseludup dan hendak dibawa masuk ke sempadan Indonesia.

Pemeriksaan turut dilakukan di sekitar pondok tersebut namun begitu, tiada penemuan dikesan, kelibat kedua-dua suspek yang dikenalpasti itu berjaya meloloskan diri dan gagal ditangkap oleh anggota tentera, ”katanya lagi.

“Kesemua barangan yang dirampas dan laporan polis akan dibuat di Balai Polis Buduk Nur, Ba’kelalan untuk tindakan selanjutnya, ” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota TDM dan TNI-AD yang berjaya menyekat aktiviti penyeludupan ke negara Indonesia.

Ujar beliau, TDM akan meneruskan operasi ini dari masa ke semasa dalam tempoh 24 jam dalam membanteras penyeludupan barangan ke negara Indonesia. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat