KUALA LUMPUR — Kalau ada GST saya yakin rakyat Malaysia lebih senang hari ini. Tetapi bila tidak ada malanglah, kata bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perbahasan Debat Perdana menentang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Menurut beliau, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mampu membantu negara sebanyak RM30 bilion yang kemudiannya akan digunakan untuk membantu rakyat dalam masa sukar.

“Kalau hari ini ada GST, kita dah mempunyai hasil tambahan RM30 bilion. Ini semua kita gunakan untuk apa? Untuk bagi subsidi kepada nelayan, kepada petani, pada pekebun kecil.

“Hasil mengucup apabila GST dihapuskan. GST ini kita kutip dan kita peroleh masa kita senang. Bila kita susah kita ada duit simpanan dan boleh agihkan kepada rakyat.” katanya

GST diumumkan pada 2016 semasa zaman pentadbiran Najib, namun digunakan sebagai alat politik oleh Pembangkang pada pilihan raya umum 2018.

Ia telah dihentikan pada tahun 2018 semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan peratusan yang lebih rendah.

Najib turut menambah bahawa pentadbirannya selama 9 tahun juga terbukti bahawa nisbah antara golongan miskin dan kaya adalah lebih kecil berbanding sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kredit foto: Astro Awani