Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022 Berkembang 5 Peratus – Tengku Zafrul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5% pada suku pertama 2022 (S1 2022), disokong oleh peningkatan permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkembangan ini disumbang oleh sokongan dasar Kerajaan yang konsisten, terutamanya melalui inisiatif di bawah Bajet 2022 yang mengembang dengan langkah yang giat dilaksanakan sejak awal tahun.

“Selain itu, kesan limpahan daripada pelaksanaan langkah Bajet 2021 serta pakej-pakej rangsangan dan bantuan sebelum ini turut menyumbang kepada perkembangan tersebut.

“Sepanjang S1 2022, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bulanan berkembang secara konsisten pada kadar 4.3% pada Januari, 5.2% pada Februari dan 5.4% pada Mac. Antara indikator ekonomi yang telah menunjukkan trend pertumbuhan adalah:

“1) Pemulihan pasaran buruh yang berterusan, dengan kadar pengangguran pada 4.1%, berkurang sebanyak 0.2 mata peratusan berbanding suku sebelumnya berikutan pelaksanaan program subsidi upah bernilai lebih daripada RM20 bilion dan kejayaan inisiatif pewujudan peluang pekerjaan seperti JanaKerja dan JaminKerja.

“Kadar pengangguran dijangka terus berkurang dalam bulan-bulan yang mendatang selaras dengan bantuan Kerajaan yang berterusan dan prospek perniagaan yang lebih baik.

“(2) Keyakinan perniagaan yang semakin meningkat selari dengan penggunaan swasta yang kukuh. Indeks Sentimen Pengguna (CSI) oleh MIER meningkat kepada 108.9 mata pada S1 2022 (S4 2021: 97.2 mata). Sementara itu, Statistik Kecenderungan Perniagaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekod indikator keyakinan sebanyak 7.6% (S4 2021: -0.3%).

“Secara keseluruhan, keyakinan dan sentimen tersebut digambarkan melalui peningkatan nilai jualan sektor pembuatan yang kukuh sebanyak 13.9% kepada RM144.6 bilion serta jualan perdagangan borong dan runcit yang berkembang sebanyak 9.8% kepada RM123.8 bilion pada Mac 2022.

“(3) Perdagangan luar dan pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh. Jumlah dagangan berkembang sebanyak 23.6% kepada RM624.9 bilion manakala FDI bersih meningkat kepada RM24.4 bilion (S4 2021: RM18.4 bilion).

“Sektor pembuatan, aktiviti kewangan dan insurans/takaful serta sektor perdagangan borong dan runcit telah menarik sebahagian besar daripada aliran masuk FDI terutamanya dari Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Jepun,” katanya, menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketersediaan pembiayaan terus bertambah baik seperti digambarkan oleh peningkatan pinjaman kepada isi rumah.

“Pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul meningkat sebanyak 4.8% (S4 2021: 4.2%), sejajar dengan peningkatan pengeluaran pinjaman sebanyak 12.7% (S4 2021: 9.5%), mengatasi pertumbuhan pembayaran balik pinjaman sebanyak 3.3% (S4 2021: – 4.6%).

“FBM KLCI meningkat sebanyak 1.3% dalam tempoh S1 2022 dengan pembelian bersih daripada pelabur runcit tempatan berjumlahmenyumbang RM501 juta dan aliran masuk bersih dana asing yang konsisten berjumlah RM6.5 bilion.

“Bursa Malaysia mendahului bursabursa lain di ASEAN dengan hasil penyenaraian baharu daripada lima tawaran awam awal (IPO) berjumlah USD362 juta (RM1.6 bilion),” ujarnya.

Tengku Zafrul berkata, ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihan pada 2022 selaras dengan peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang akan meningkatkan ketibaan pelancong dan menambah baik aktiviti perdagangan dan perniagaan, seterusnya memacu pemulihan yang kukuh dalam sektor perkhidmatan.

“Selain itu, pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dijangka merancakkan penggunaan swasta dan terus membantu pemulihan ekonomi.

“Bajet 2022 yang mengembang dan penyambungan semula projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi akan membantu mengekalkan pertumbuhan disokong oleh pelaksanaan program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Seiring dengan permintaan luar yang kukuh daripada rakan dagangan utama, ekonomi negara dijangka berada di landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 5.3% hingga 6.3% pada 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat