Semua Ahli Parlimen Wajib Hadir Dewan Rakyat 18 Mei Ini

- Advertisement -

BATU PAHAT – Semua ahli Parlimen diingatkan supaya hadir dalam persidangan Dewan Rakyat pada Isnin ini (18 Mei) atau berhadapan dengan tindakan disiplin.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon berkata, persidangan kali ini adalah amat penting selepas ia direhatkan hampir 6 bulan.

Katanya, tidak ada sebab untuk ahli Parlimen tidak dapat menghadirkan diri melainkan mempunyai alasan kukuh secara bertulis seperti yang berkaitan dengan masalah kesihatan.

“Ahli-ahli Yang Berhormat (YB) diminta hadir dan mengikut apa yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak hadir tanpa alasan kukuh, keahlian Dewan Rakyat ahli YB berkenaan akan bermasalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bungkusan barangan keperluan oleh Persatuan Kontraktor Kelas F Batu Pahat (PKKF) kepada golongan memerlukan di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram di sini, hari ini.

Mohd Rashid berkata, sebagai langkah kesihatan, semua staf dewan yang terlibat dalam persidangan itu telah pun menjalani ujian pemeriksaan Covid-19 hari ini, disusuli dengan pemeriksaan dalam kalangan ahli Parlimen yang akan diadakan esok dan lusa (Jumaat).

Langkah diambil bagi memastikan kesemua mereka yang hadir ke kawasan Parlimen kelak adalah bebas daripada dijangkiti wabak terbabit, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat