YBR latih 107 guru kemahiran melukis reka bentuk dan teknologi

- Advertisement -

KOTA BHARU — Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Yayasan Wiba Prima menganjurkan Kursus Komprehensif Teknik Mudah Melukis Untuk Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) disertai 57 orang guru-guru.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata kursus ini memfokuskan pendedahan kepada guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) agar mahir melukis dan melakar menggunakan pendekatan Drawzania.

“Antara latihan dan modul lain yang diberi penekanan adalah seperti asas teknik mudah melukis, teknik melukis menggunakan Drawzania serta aplikasi mudah melukis RBT.

“Dianggarkan sebanyak 3,600 pelajar akan mendapat manfaat melalui guru-guru yang mengikuti kursus ini dan ia juga secara tidak langsung membantu kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang lebih bertanggungjawab, dinamik dan mempunyai daya kepimpinan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya kursus kemahiran yang dijalankan ini turut berobjektif membantu guru-guru menjadi lebih dinamik dan progresif dalam reka bentuk dalam mempertingkatkan lagi daya cipta dikalangan masyarakat.

“Sementara itu, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada guru-guru bagi membantu mereka menguasai kemahiran melakar dan melukis bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran RBT dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui idea-idea baru.

Tambah beliau, selain meningkat keupayaan guru-guru untuk melakar dan melukis, ia turut meningkatkan daya cipta guru dan serta secara tidak langsung daya cipta murid- murid.

“Kursus Komprehensif Teknik Mudah Melukis Untuk Mata Pelajaran RBT melibatkan dua siri iaitu pada 11-12 April di Dewan Sri Tanjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan serta pada bulan Mei dengan penglibatan 50 guru di Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, Johor.

“Kursus ini melibatkan peruntukan hampir RM100,000 ini merupakan sebahagian daripada inisiatif YBR yang telah diuruskan melalui persiapan yang teratur di mana setiap peserta harus mengikuti modul visualisasi yang lengkap, dibekalkan peralatan yang mencukupi serta mendapat khidmat tenaga pengajar profesional yang terlatih dan berpengalaman.

“Kursus ini turut mendapat sokongan oleh JPN Kelantan dan Johor,” katanya.

Untuk rekod, bagi tahun 2022, seramai 33,903 penerima manfaat telah menyertai program modal insan kepada masyarakat anjuran YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 72 program.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat