Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan ‘terdorong’ untuk memutuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah.

Peguam beliau, Farhan Read, berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atasnya berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim terbabit ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Kelihatan seolah-olah ada keinginan untuk memutuskan tertuduh bertanggungjawab. Hakim (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) terdorong untuk memutuskan tertuduh bersalah,” katanya.

Kes pecah amanah, salah guna kedudukan: Mahkamah Rayuan tolak 3 permohonan Najib
Prosiding rayuan Najib terhadap sabitan SRC, ditangguhkan
Farhan berkata, undang-undang jenayah bukanlah saluran yang tepat untuk tertuduh dipertanggungjawabkan kerana tertuduh sudah dipertanggungjawabkan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Beliau memberitahu mahkamah lagi, dapatan hakim perbicaraan bagi memerintahkan Ahli Parlimen Pekan itu membela diri juga dilihat sangat prejudis.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran bersambung.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat