Operasi Kedai Gunting Rambut, Cermin Mata Tidak Dibenarkan – Menteri

- Advertisement -

Putrajaya – Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa operasi perniagaan kedai gunting rambut dan cermin mata tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dah buat keputusan iaitu kedai salon dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.

“Harap (penjelasan ini) jawab segala soalan rakyat. Tidak ada lagi isu, kedai (gunting) rambut tidak dibenarkan operasi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan supaya kerajaan menangguhkan sementara keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membenarkan kedai gunting rambut dan cermin mata termasuk dalam senarai sektor ekonomi yang boleh membuat permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP.

PKP yang dikuatkuasa mulai 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak Covid-19 akan memasuki fasa ketiga mulai 15 April sehingga 28 April ini. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat