“Untunglah korporat dapat kerajaan berhati baik” – Syahir tulis puisi buat PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman menukilkan puisi panjang yang didedikasi buat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk ‘Penyelamat Madani 2025’ terkait suntikan modal baharu yang diberikan kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB).

Wakil rakyat Pas itu berkata, untung korporat dapat meminjam dengan kerajaan berhati baik.

“Pakej penyelamat Madani, jangan hanya dibaca tajuk, tetapi bacalah dengan hati nurani. Tujuannya murni, bagi membolehkan korporat membayar hutang, bukan membayar kroni.

“Jika tidak diselamatkan, korporat tidak mampu bayar hutang vendor tempatan, turut terjejas seluruh ekosistem industri minyak dan gas (O&G) tempatan.

“Dijenamakan sebagai pelaburan strategik, bagi membezakan dengan pendekatan lama yang dikatakan jijik. Sejumlah RM1.1 bilion dana awam disalurkan, sepenuhnya di bawah tanggungjawab Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

“Ini dikatakan pinjaman akan dibayar balik, untung korporat dapat meminjam dengan kerajaan berhati baik, syarikat lain bolehlah beratur untuk dapatkan pakej terbaik,” catat beliau.

Pun begitu Syahir membangkitkan persoalan, mengapa dana awam dilibatkan?

“Kerana pemegang saham terbesar tiada kemampuan, bank pula tiada yang sudi berikan pinjaman.

“Mengapa pelaburan ini penting, bukan untuk selamatkan korporat, tetapi survival industri O&G negara jauh lebih penting.

“Kesimpulannya, korporat perlu diselamatkan, walau apa jua kaedahnya.Inilah naratif yang dibawa,” katanya.

Ujar beliau, situasi ini menyebabkan DAP diam seribu bahasa, bahkan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli hilang tanpa bicara.

“Jika dahulu menentang ‘crony-capitalism’ – hari ini DAP diam membisu.

“Jika dahulu dikatakan segala bentuk ‘bailout’ adalah kotor – hari ini PKR diam membisu.

“Jika dahulu suntikan dana awam untuk menyelamatkan korporat adalah buruk dan wajar ditolak – hari ini Menteri diam tanda setuju. Segalanya berubah, demi pangkat, gelaran, dan kerusi empuk di Putrajaya.

“Hilang sudah laungan sakau, hilang sudah laungan hoi-hoi-ya-hoi, digantikan dengan siasatan terpilih, bahkan digantikan dengan pelepasan (DNAA) terpilih,” katanya.

Syahir malah melabel keadaan ini sebagai indah khabar dari rupa.

“Bak kata orang muda – “order lain, dapat lain”. Hapus hutang PTPTN, itu cerita lain.

“Walhasil, dipertonton sebuah pengkisahan sebuah naratif yang klasik, sebuah pelaburan yang epik.

“Suntikan dana awam yang unik.Itulah pakej penyelamatan Madani; Dalam Bahasa Inggeris diistilahkan sebagai – “Bailout Madani”.

“Intiha,Allah pelihara Malaysia,” kata Syahir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat