KWAP kini pemegang saham besar dalam CTOS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) muncul pemegang saham besar dalam CTOS Digital Bhd di tengah-tengah tekanan jualan tinggi terhadap saham syarikat penyedia maklumat kredit itu semalam, susulan keputusan penghakiman yang tidak memihak kepadanya.

Makluman kepada Bursa Malaysia menunjukkan dana persaraan sektor awam itu membeli 28.81 juta saham menerusi pasaran terbuka, meningkatkan pegangannya kepada 135.51 juta saham atau 5.87 peratus kepentingan dalam CTOS.

Dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, CTOS turut mendedahkan bahawa pengurus dana KWAP telah melupuskan sebanyak 1.37 juta saham pada hari sama, mengurangkan pegangannya kepada 134.14 juta saham atau 5.81 peratus kepentingan.

Saham CTOS satu ketika semalam jatuh di bawah paras tawaran awam permulaan (IPO) pada RM1.10 selepas pasaran dimaklumkan bahawa syarikat itu diperintah untuk membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am kepada Suriati Mohd Yusof yang memiliki sebuah resort di Pulau Perhentian atas penarafan kredit yang tidak tepat.

Ahli perniagaan wanita berusia 43 tahun itu telah menyaman CTOS atas pelanggaran hak fudusiari sehingga mengakibatkan kerugian reputasi, kerugian peribadi dan juga kerugian perniagaan.

Harga saham CTOS bagaimanapun pulih hari ini untuk ditutup tiga sen atau 2.4 peratus lebih tinggi kepada RM1.28, menjadikan permodalan pasarannya RM2.96 bilion. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat