- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggalakkan usahwan untuk bekerjasama dengan syarikat swasta sebagai rakan strategik bagi meningkatkan lagi mutu kopi tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini, Malaysia hanya mengeluarkan 0.16 peratus kopi di peringkat global dan mengimport 97 peratus bagi penggunaan dalam negara.
“Industri kopi tempatan amat berpotensi untuk dikembangkan,” katanya.
Data yang dikeluarkan International Coffee Organization telah mendedahkan rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.