Dasar kerajaan jauh daripada mesra Bumiputera kata PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa dasar-dasar yang dipratikkan Kerajaan Perpaduan dilihat jauh daripada mesra Bumiputera seperti yang dilaungkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, antara dasar-dasar yang jauh daripada mesra Bumiputera ialah membabitkan pembayaran royalti di Kelantan dan Terengganu yang jumlah penduduk Bumiputeranya tinggi telah dinafikan, manakala projek mega di negeri-negeri maju yang sedikit jumlah penduduk Bumiputeranya diluluskan.

Bukan itu sahaja katanya, peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang yang kesemuanya Bumiputera turut disekat melainkan jika memenuhi syarat ‘politik’ yang ditetapkan.

“Selain itu, cadangan kerajaan dalam hal pemansuhan pencen untuk penjawat awam baharu turut tidak “mesra Bumiputera” kerana majoriti penjawat awam ialah orang Melayu.

“Maka, ke mana sebenarnya hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera Madani ini? Ataupun inisiatif ini sekadar wayang untuk meraih semula sokongan Bumiputera yang semakin dilihat berkurangan susulan pelancaran dasar dan polisi Madani yang banyak mengundang kritikan dan menimbulkan polemik dalam kalangan penduduk Bumiputera?

“Apa-apapun, saya nasihatkan pihak kerajaan agar berbincang dan perhalusi betul-betul setiap perkara dengan berpijak di alam nyata,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Fadhli berkata, mudah untuk berbicara secara ideal dan retorika bahasa, tetapi sukar untuk dilaksana dan diimplementasi apatah lagi jika ‘geng’ tidak sekepala.

Beliau berkata demikian merujuk KEB 2024 yang bertujuan untuk memperluas agihan ekonomi dan mengembangkan lagi ekonomi Bumiputera yang dikatakan selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani.

“Dalam kongres tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan menggariskan tiga matlamat iaitu keadilan sosio-ekonomi, kemampanan negara bangsa serta kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

“Ironinya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menegaskan sebelum ini bahawa dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan berasaskan keperluan, bukan lagi berasaskan kaum.

“Menurut beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama “The CNBC Conversation” bahawa dasar yang dilihat terlalu menumpu kepada kaum akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat