One-Stop Centre MaTiC pamer keunikan warisan, seni & budaya sempena VM2026

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kini berperanan sebagai One-Stop Centre menerusi penganjuran pameran dan persembahan kebudayaan yang menghimpunkan pelbagai agensi seni, budaya dan warisan negara dalam satu lokasi.

Inisiatif Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dengan kerjasama MaTiC memperkenalkan kekayaan warisan, seni visual, kraftangan, gastronomi tradisional serta persembahan kebudayaan Malaysia kepada pelawat tempatan dan antarabangsa.

Tourism Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), usaha ini sekali gus memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia.

Katanya, pengisian utama dalam program ini, memperkenalkan pelbagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara (JWN); dan pameran hasil kraftangan tempatan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Selain itu, karya seni artis tempatan oleh Balai Seni Negara; persembahan kebudayaan tradisional oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Istana Budaya (IB).

“Persembahan alat muzik tradisional Malaysia oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA); demonstrasi urutan tradisional oleh Persatuan Spa Malaysia (AMSPA); dan pameran serta sewaan Busana Tradisional turut diadakan, ”katanya lagi.

Dalam kenyataan yang sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), Chiew Choon Man, berkata penubuhan One-Stop Centre diharap dapat menjadi platform komprehensif yang membolehkan pelawat menikmati pengalaman menyeluruh merangkumi seni, budaya, dan warisan.

Beliau berkata, elemen kesejahteraan Malaysia dalam satu kunjungan turut ditampilkam selari dengan aspirasi kempen tersebut.

“Pameran dan aktiviti jualan dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, manakala persembahan kebudayaan dijadualkan berlangsung setiap
hari pada waktu yang telah ditetapkan.

“Orang ramai serta pelawat dijemput mengunjungi MaTiC bagi merasai sendiri keunikan warisan dan kekayaan kebudayaan Malaysia yang berwarna-warni,”tambah kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MaTiC di www.matic.gov.my.
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat