Daripada ‘muzium’ diangkat jadi Pengerusi Bersatu Melaka, ini memang salah Muhyiddin – Hilman selar Rahim Thamby Chik

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Bersatu Hilman Idham mengakui tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi sinar baru kepada kehidupan Tan Sri Rahim Thamby Chik apabila diangkat sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka sebagai satu kesalahan Presiden Bersatu itu.

Adun Gombak Setia itu malah melabel Rahim sebagai ‘barang purba’ yang sudah tidak relevan.

Hilman mengingatkan bahawa Bersatu ialah organisasi yang ada barisan kepimpinan, justeru tegasnya semua wajar bertanggungjawab atas apa juga masalah.

“Setiap manusia memang ada buat silap. Tapi tak betul untuk kita terus tuju semua kesalahan kepada Muhyiddin sebagai Presiden.

“Bersatu ini adalah organisasi yang ada barisan kepimpinan – kesemuanya bertanggungjawab atas apa juga masalah.

“Patutnya kena ada ‘humility’ untuk akui kelemahan masing-masing dan kemudian kita melengkapi dengan bekerja sebagai satu pasukan ke arah yang lebih baik.

“Tapi betul juga, antara salah Muhyiddin adalah ambil Rahim Thamby Chik ni daripada ‘muzium’ dan jadikan Pengerusi BPN Melaka.

“Tak perlu layan barang purba ni. Tak relevan. Tempat dia pun di muzium. Tanya anak muda di Melaka hari ni, kenal Rahim Tamby Chik ? Mereka pun tak kenal. Tahu dalam buku sejarah saja,” kata Hilman kepada SuaraTV pada Jumaat.

Terdahulu Rahim dan beberapa pemimpin Bersatu Melaka menuntut Muhyiddin berundur sekali gus posisi Presiden Bersatu diganti Datuk Seri Hamzah Zainudin yang disifatkan lebih dinamik, berintegriti, mesra rakyat, berwawasan serta berjiwa patriotik.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat