Adun Sungai Manik, Perak, Zainol Fadzi antara yang dipecat

PETALING JAYA, — Selain enam Ahli Parlimen, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dipecat dalam mesyuarat Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bersidang pada 12 Februari lalu.

Nama terbaharu yang tersenarai ialah ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin, yang dikenakan tindakan pecat keahlian di bawah Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

Selain beliau, antara empat Ahli Parlimen yang turut dipecat ialah Hamzah Zainudin (Larut), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas), Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Sebelum ini Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) telah dipecat.

Turut tersenarai dalam 17 individu yang dipecat hari ini ialah, Mohd Yadzil Yaakub (Jasin), Dato’ Abdul Aziz Ismail (Dungun), Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Yunus Haji Nurdin (Libaran), Ramlan Meon (Tangga Batu), Ahmad Ishak (Gopeng), Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah), Nabila Norsahar (Sepanggar) dan Mohamad Shafiq Abdul Halim (Hulu Langat).

Surat pemakluman rasmi yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin memaklumkan bahawa kesemua mereka didapati melanggar peruntukan Perlembagaan parti dan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

Perkembangan ini menjadikan jumlah wakil rakyat yang terlibat dalam tindakan disiplin kali ini seramai tujuh orang, termasuk enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat