16 Ahli Parlimen Bersatu desak Muhyiddin letak jawatan, mahukan Hamzah

KUALA LUMPUR – 16 Ahli Parlimen Bersatu hari ini mengemukakan dokumen bertanda tangan mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu.

Menurut kumpulan wakil rakyat itu mereka menyatakan keyakinan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin mampu menjadi Pemangku Presiden yang baik serta mampu mengembalikan agenda Bersatu kepada perjuangan agenda rakyat dan negara, serta mampu menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan.

“Kami menyokong penuh kenyataan Ketua Whip Dewan Rakyat Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang mendesak supaya Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu.

“Tanpa menafikan jasa dan sumbangan Muhyiddin sebelum ini, hakikatnya beliau sudah tidak lagi mampu menyatukan parti dan memimpin parti ke arah kemenangan,” katanya.

Senarai Ahli Parlimen :
1. Zikri Hassan (P002 Kangar)
2.⁠ ⁠Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (P006 Kubang Pasu)
3.⁠ ⁠Roslan Hashim (P018 Kulim-Bandar Baharu)
4.⁠ ⁠Datuk Khlir Mohd Nor (P026 Ketereh)
5.⁠ ⁠Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (P027 Tanah Merah)
6.⁠ ⁠Datuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (P029 Machang)
7.⁠ ⁠Datuk Rosol Wahid (P038 Hulu Terengganu)
8.⁠ ⁠Datuk Wan Saiful Wan Jan (P042 Tasek Gelugor)
9.⁠ ⁠Fathul Huzir Ayob (P054 Gerik)
10.⁠ ⁠Azahari Hassan (P061 Padang Rengas)
11.⁠ ⁠Nordin Ahmad Ismail (P074 Lumut)
12.⁠ ⁠Datuk Saifuddin Abdullah (P082 Indera Mahkota)
13.⁠ ⁠Datuk Abdul Khalib Abdullah (P091 Rompin)
14.⁠ ⁠Kalam Salan (P092 Sabak Bernam)
15.⁠ ⁠Datuk Muslimin Yahaya (P093 Sungai Besar)
16.⁠ ⁠Islahuddin Abas (P154 Mersing)

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat