SHAH ALAM — Malaysia dah Indonesia sentiasa mendorong kepada kesediaan pemain pembuatan tempatan bagi era digital untuk terus memanfaatkan inovasi dan pertukaran pengetahuan.
Timbalan Menteri Luar Indonesia, Arif Havas Oegroseno berkata negara anggota ASEAN juga perlu mempelajari pembangunan kecerdasan buatan (Al) seperti Deep Seek platform sumber terbuka dari China.
“Banyak follow up yang harus kita selesaikan tahun ini. Banyak kerjasama antara Malaysia Indonesia.
“Era digital di Malaysia iaitu Johor Dan Penang, Singapore juga, kita di Indonesia iaitu di Batam dan Bintan, jadi ini ekosistem semi konduktor, yang datang dari negara luar semakin meningkat dan kita mampu kembangkan di masa depan,” katanya ketika menyampaikan syarahan di Management & Science University (MSU), semalam.
Jelasnya menjelang 2030, ekonomi digital dijangka mencapai trilion dolar merangkumi e-dagang, teknologi kewangan (FinTech), perkhidmatan media dan penghantaran makanan.
Sebelum itu, Arif Havas hadir dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia dan menyampaikan syarahan di Forum “Muafakat Indonesia-Malaysia: Memajukan Pertumbuhan Ekonomi dan Kestabilan Keselamatan dalam Era Digital ASEAN.
Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir pada sesi syarahan itu berkata, jalinan persahabatan diantara dua negara ini akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
“Malaysia dan Indonesia sahabat. Sebab itu saya ambil pendekatan muafakat kerana saya percaya hubungan Datuk Seri Anwar dan juga Presiden Probowo baru baru ini menunjukkan bahawa kepimpinan kedua dua negara ini boleh menghasilkan natijah yang baik buat rantau ini.
“Dengan Malaysia mempengerusikan ASEAN, dan Perdana Menteri kita memimpin ASEAN, dengan idea yang baik seperti ini kita di peringkat bawahan ini perlu memberikan pemikiran yang baru, mengemukakan idea yang baru, kerana ia harus berkembang menjadi rantau yang stabil dengan pemikiran yang baru.
“Sebab itu kita mulakan wacana seperti hari ini dengan Timbalaan Menteri Pak Arif yang bukan sekadar hadir program rasmi tetapi memberi buah fikiran beliau kepada rakan rakan kita ahli akademik,” katanya.