Shiha puas beri persembahan terbaik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Shiha Zikir yang diumumkan pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) semalam berhabis lebih RM100,000 bagi menjayakan sebuah persembahan yang unik dan berbeza.

Menampilan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’ disulami tarian penuh lincah, Shiha berkata, dia berasa puas apabila sudah memberikan  persembahan yang terbaik.

“Alhamdulillah kalau sebut mengenai undian, memang saya tak jangka. Tapi apabila bercakap soal persembahan, saya memang yakin dengan usaha dan tenaga yang diberikan pasukan saya sehingga Irama berjaya diangkat Persembahan Terbaik.

“Saya berhabis lebih RM100,000 dan elemen yang paling mahal dalam persembahan saya adalah lampu laser. Syarikat saya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record membahagikan kos ini.

“Walaupun akan ada yang tidak berpuas hati apabila konsep yang dibawakan menelan lebih RM100,000 sedangkan hadiah kenenangan hanya bernilai RM12,000 tapi saya rasa puas kerana ini adalah minat saya,” katanya.

Biarpun ada sesetengah pihak mempertikaikan kemenangannya apabila menganggap persembahan Naim Daniel yang tergantung dalam keadaan terbalik layak diangkat sebagai pemenang namun Shiha enggan mengulas mengenai kejayaan yang sudah diraihnya itu.

“Secara peribadi saya kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu sesi latihan saya cakap, gempaknya persembahan dia. Nak menyanyi sambil terbalik bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada.

“Saya tak nak komen mengenai kata-kata negatif yang mempersoalkan kemenangan Irama. Saya faham masing-masing ada pendapat tersendiri, tak semua orang ada pemikiran yang sama.

“Lagipun jika masuk bertanding, semua orang nak menang. Jika saya masuk pun, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi sebelum ini, saya sudah sertai banyak program dan pertandingan, jika ada orang lain menang, saya takkan menyalahkan sesiapa jika saya kalah,” katanya.

Menurut Shiha, dia bagaimanapun berharap orang luar dapat menerima dengan hati terbuka kemenangannya di pentas AJL37.

“Kalau bercakap soal undian, saya tak yakin saya boleh menang. Ini kerana ramai lagi artis lain mempunyai sokongan peminat yang kuat. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah percaya kepada rezeki.

“Orang yang mengundi pun boleh nampak usaha yang diletakkan dan mereka yang mengundi mesti tahu mengenai persembahan.

“Saya tak cakap persembahan saya sahaja yang bagus, pastinya semua peserta pun dah buat sehabis baik, lebih-lebih lagi Naim, pertama kali saya lihat ada penyanyi menyanyi terbalik. Apa pun ia berbalik kepada rezeki,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat