Radio Boleh Jadi Medium Pupuk Keamanan Dan Perpaduan – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, radio boleh menjadi medium saluran untuk memupuk keamanan dan perpaduan dikalangan rakyat di negara ini.

Jelas Wan Rosdy, radio merupakan medium penting dalam menyampaikan informasi kepada pendengar meskipun teknologi maklumat pada zaman kini telah jauh ke hadapan.

Katanya lagi, walaupun zaman sudah berubah,  radio masih boleh bertahan dan menyesuaikan diri walaupun teknologi maklumat hari ini menguasai kehidupan.

Beliau berkata demikian sempena Hari Radio Sedunia 2023 menerusi catatan Facebooknya.

“Selamat Hari Radio Sedunia 2023 kepada semua petugas-petugas di stesen-stesen radio terutamanya kepada penyampai (DJ) serta juruteknik.

”Sesungguhnya radio merupakan medium penting dalam menyampaikan informasi kepada pendengar meskipun teknologi maklumat pada zaman kini telah jauh ke hadapan.

”Saya yakin, walaupun zaman telah berubah tetapi radio masih boleh bertahan dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa menerusi media-media sosial.

”Syabas dan tahniah sekali lagi, semoga menerusi siaran radio ia menjadi medium keamanan dan perpaduan untuk kita semua.”katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat