19 Tapak Bazar Ramadan Diluluskan, Peniaga Digalakkan Jual Menu Rahmah – MBI

- Advertisement -

IPOH – Peniaga bazar Ramadan di bandar raya ini digalakkan untuk menyediakan Menu Rahmah bagi membantu meringankan beban pelanggan terutama golongan B40 untuk membeli juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan tidak lama lagi.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) sudah maklumkan kepada peniaga supaya mereka menawarkan makanan dengan harga yang berpatutan mengikut konsep Menu Rahmah.

“Juadah pada harga Menu Rahmah dapat membantu pelanggan terutamanya golongan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kafe Lalaland di Jalan Lasam di sini hari ini.

Menurutnya, MBI telah meluluskan 19 tapak bazar Ramadan yang melibatkan lebih 1,000 peniaga di sekitar Ipoh.

Menurutnya, meskipun permohonan sewaan tapak bazar Ramadan tahun ini telah ditutup, MBI akan mengkaji permohonan baharu untuk tiga lagi tapak bazar di bandar raya ini.

“Ada tiga lokasi antaranya di tengah pekan Ipoh dan Station 18 dan jika sesuai kita akan beri kebenaran untuk beroperasi.

“Kita akan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk dapatkan platform pasaran yang lebih besar, secara tidak langsung cara ini dapat membantu jualan lebih tinggi dan dapatlah peniaga-peniaga mengurangkan harga jualan mereka,” katanya.

Sementara itu, Rumaizi berkata, penempatan semula penjaja tepi jalan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo di sini akan merancakkan pelancongan gastronomi.

“Peniaga pun sudah bersetuju untuk penempatan semula dan memahami konsep new market yang bakal diperkenalkan.

“Kita akan tempatkan mereka di kawasan baharu berkonsepkan medan selera yang fokus kepada makanan Melayu seperti yang tersedia di Padang Polo ketika ini,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan, cadangan untuk menempatkan semula penjaja tepi jalan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo mendapat reaksi positif orang ramai yang mahu isu kesesakan di situ ditangani.

Hal ini kerana, walaupun kehadiran penjaja ini menghidupkan persekitaran taman rekreasi itu, namun ia perlu diuruskan secara teratur.

Menerusi laporan portal tersebut, keadaan itu dibimbangi lama kelamaan akan dipenuhi lebih ramai penjaja dan fungsi taman ini sebagai lokasi riadah mungkin bertukar menjadi tempat makan-makan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat