Ketua Polis Daerah Putrajaya Nafi Terlibat Penganjuran Majlis Langgar SOP PKP

PUTRAJAYA: Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial, kononnya beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, dan pemilik rumah berkenaan telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan itu, namun ia tidak ada kena mengena dengan saya seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fadzil berkata, siasatan mendapati pemilik rumah itu hari ini telah mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Saya telah hadir di rumah itu lebih awal selepas menerima laporan mengenai penganjuran majlis itu, dan telah mengarahkan anggota untuk mengeluarkan kompaun terhadap tuan rumah kerana melanggar SOP PKP,” katanya.

Hari ini, sekeping gambar yang memaparkan sebuah rumah di Presint 8 di sini, mengadakan majlis yang dihadiri lebih 10 individu tular di laman sosial, selain ia mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Orang Melayu biasa tak derhaka kepada raja tapi angkara darurat mereka marah – Tun M

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan darurat membangkitkan kemarahan orang Melayu kepada istana kata, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata beliau, kemarahan orang Melayu itu...

PAS bangga DAP label parti itu paling bahaya

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad bangga dengan label yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti Islam...

Tangguh Pemilihan Boleh Menjerumus UMNO ke Tangan PH – UMNO Gerik

KUALA LUMPUR - Penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Pemangku...