Umno sasar tanding lebih 30 kerusi pada PRU16 nanti – Zahid

KUALA LUMPUR – Umno menyasarkan untuk bertanding lebih 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu meletakkan sasaran melebihi 30 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu, termasuk bertanding di kerusi-kerusi yang menyaksikan Umno mendapat undian kedua tertinggi dalam kalangan parti bertanding.

“Saya ingin katakan, bukan sahaja 30 kerusi yang telah kami menangi, tetapi juga kerusi lain yang kami anggap sebagai kerusi ‘tier dua’, iaitu kerusi yang kami kalah tetapi berjaya memperoleh undi kedua tertinggi,” katanya di WTC KL pada Selasa.

Ditanya sama ada ia termasuk kerusi dimenangi Bersatu, Zahid berkata, perkara itu bergantung kepada analisis data semua kerusi.

“Kita perlu benar-benar menganalisisnya terlebih dahulu,” katanya memetik Utusan pada Selasa.

Perhimpunan Agung Umno 2025 akan diadakan bermula esok hingga 17 Januari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November tahun lalu bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Dalam pada itu, mengenai PRN Melaka dan Johor akan datang, Zahid berkata, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah bergantung kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing.

“Kita perlu bekerja keras dan bekerja dengan bijak. Kita masih perlu menggandakan usaha untuk meraih sokongan pengundi di kedua-dua negeri,” katanya.

Dalam mesej utamanya kepada perwakilan parti menjelang Perhimpunan Agung Umno esok, beliau menegaskan mengenai kepentingan memperkukuh perpaduan dalaman parti.

“Perkukuhkan perpaduan dalam parti, itu yang penting,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat