Dominic kalau tak membantu jangan jadi liabiliti, lepaskan jawatan Pengerusi PN Pulau Pinang – Pemuda Pas

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Ibrahim Ani mendesak Datuk Dominic Lau untuk melepaskan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang kerana didakwa tidak membantu dalam usaha menghidupkan parti gabungan itu di Pulau Pinang.

Ibrahim mengingatkan Presiden Gerakan itu, sekiranya tidak mahu membantu PN di Pulau Pinang, janganlah menjadi liabiliti kepada blok pembangkang itu.

“Pemuda Pas Pulau Pinang mengikuti rapat isu Pengerusi PN yang masih giat dibincangkan dan mendapat liputan oleh banyak pihak, termasuk parti Gerakan.

“Kenyataan oleh Gerakan bahawa pengerusi baru tidak semestinya dilantik kerana bilangan kerusi terbanyak dalam Parlimen sangat dangkal kerana itulah yang menjadi kayu ukur utama dalam mengekalkan dan menambah kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

“Pemuda Pas Pulau Pinang juga menyuarakan rasa kesal kerana Pengerusi Parti Gerakan ini merangkap Pengerusi PN Pulau Pinang langsung tidak ada sebarang inisiatif dalam menghidupkan parti gabungan ini di Pulau Pinang,” selar belialu.

Tegas Ibrahim lagi, jika hanya ingin menunjukkan kewujudan dengan mengeluarkan kenyataan separa matang, Pemuda Pas Pulau Pinang meminta agar Dominic Lau dapat melepaskan kerusi Pengerusi PN Pulau Pinang seperti yang pernah dicadangkan oleh Pemuda Pas Tasek Gelugor.

“Pemuda PAS Pulau Pinang memohon kepada Dominic Lau, jika anda tidak mahu membantu parti gabungan ini di Pulau Pinang, janganlah menjadi liabiliti kepada kami,” katanya.

Media sebelum itu melaporkan Gerakan bersikap terbuka berhubung pemilihan pengerusi PN, namun keutamaan harus diberikan kepada pemimpin yang mampu menyatukan semua parti komponen serta berupaya menarik sokongan masyarakat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dominic selaku Presiden Gerakan berkata, PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) selain Gerakan mencerminkan kepelbagaian kaum, agama dan budaya di negara ini.

Justeru, katanya pengerusi yang dipilih kelak perlu bersifat sederhana, inklusif dan boleh diterima segenap lapisan masyarakat.

Beliau turut berpandangan Gerakan tidak melihat jawatan Pengerusi PN berdasarkan parti mana yang memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak, sebaliknya menilai kemampuan seorang pemimpin tidak kira dari parti mana dalam gabungan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat