“Saya harap Port Dickson dan rakan-rakan, jangan ada buruk sangka”- Zahid perjelas Pandora Papers

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini cuba menenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan ahli-ahli Parlimen berhubung Pandora Papers.

Zahid memaklumkan wang pelaburan di China, yang dikaitkan dengan akaun pesisir di British Virgin Island (BVI), seperti didedahkan dalam Pandora Papers, telah dibawa pulang ke tanah air.

Malah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pinjaman yang dibuat untuk pelaburan itu juga telah dibayar kepada institut kewangan yang terbabit.

“Namun, syarikat telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan yang dibuat di China, dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham,” katanya di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Untuk rekod Pandora Papers adalah dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir.

Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Ia termasuk Ahmad Zahid yang didakwa bertindak sebagai ejen firma bernama BVI.

Breedon ditubuhkan pada September 1996 dengan Ahmad Zahid sebagai pengarah, sebelum namanya ditukar kepada Rising Resources (BVI) Ltd pada November tahun itu.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa ketika itu, beliau masih belum terlibat dalam arena politik, dan bukan bergelar Ahli Parlimen.

“Sila rujuk handsard (Penyata Rasmi) saya, dan saya harap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan-rakan, jangan ada buruk sangka terhadap saya.

“Ini kerana, saya tidak melarikan cukai, malah wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ada ketika itu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai berapa lama Ahmad Zahid akan berada di Jerman untuk rawatan masalah slip disc, beliau berkata, mahkamah membenarkan untuk beliau mendapatkan semula pasport dari 26 Oktober hingga 21 November ini.

“Maka ketika pengundian bajet (Belanjawan 2022), saya minta maaf, saya tak dapat bersama tetapi yakinlah jiwa saya terus menyokong bajet yang akan dibentangkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat