PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya Dilaksana 14 – 27 Okt

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan...

Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga...

PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

Kuala Lumpur - Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman...

Kuala Lumpur – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 Okt hingga 27 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan COVID-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

“Pergerakan keluar masuk, merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan.

Katanya, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi ditutup, dan hanya dua orang sahaja daripada satu rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Ismail Sabri berkata masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup, di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.

Selain itu, beliau berkata pusat-pusat hiburan dan kelab malam turut tidak dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Mengenai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beliau berkata Polis Diraja Malaysia menahan 617 individu, dan daripada jumlah itu 44 individu direman manakala dua individu dikenakan jaminan, semalam.

Memperincikan perkara itu, Ismail Sabri berkata antara kesalahan tertinggi dilaporkan adalah penjarakan fizikal melibatkan 239 individu, tidak memakai pelitup muka (178) dan aktiviti di dalam kelab malam (105 individu).

“Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (89), melanggar syarat kawasan PKPB (20), pendatang asing tanpa izin (16), aktiviti pelacuran (lapan), aktiviti perjudian (tiga), tinggal di Malaysia melebihi tempoh (tiga), premis tanpa lesen (satu), dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas (satu),” katanya.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan jumlah tangkapan membuktikan bahawa pihak berkuasa tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan akan mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak patuh SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Berita Berkaitan

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga...