Bersatu hargai komponen PN sokong Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu menyatakan penghargaan kepada parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang menzahirkan sokongan padu kepada pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ucapan terima kasih itu didedikasikan kepada semua pimpinan tertinggi dan Ahli Parlimen rakan kongsi politik iaitu Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Beliau yang juga Setiausaha Agung PN memberitahu, sokongan itu melambangkan semua parti politik yang menyokong kerajaan PN bersama dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 dan cabaran ekonomi ketika ini, sekali gus menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Tatkala penularan wabak Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia, kerajaan PN memberikan tumpuan penuh untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat,” kata Menteri Dalam Negeri itu dalam kenyataan, hari ini.

Hamzah turut menambah bahawa PN menyeru semua rakyat terus bersatu hati dan mematuhi SOP penjagaan kesihatan yang digariskan Kementerian Kesihatan bagi bersama-sama mengulangi kejayaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat