“Sibuk tanya siapa calon PM Pas, kenapa dah tak percaya PM yang ada?” – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan tindakan pihak mempersoalkan siapa calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu merampas Putrajaya sebagai petanda rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN tidak ketandusan calon perdana menteri dan yakin gabungan itu akan bangkit menerajui negara selepas PRU16.

“Hari ini orang mula bincang siapa bakal perdana menteri (daripada PN), kenapa ramai tanya siapa yang akan jadi perdana menteri? Ramai yang tanya Pas siapa tokoh PM?

“Kenapa mereka tanya kami? Kenapa mereka tanya PN? Kerana mereka hilang kepercayaan dengan menteri yang ada, mereka tak yakin dengan PM, rakyat mencari tokoh baru yang akan menerajui kerajaan, Insya-Allah PN akan bangkit menerajui negara pada PRU16 nanti,” katanya berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-66 di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar lapor FMT pada Jumaat.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berpandangan tiada keperluan untuk Pas mengusulkan cadangan calon perdana menteri ke-11 pada muktamarnya kerana waktu sekarang bukan masa sesuai membincangkan soal siapa bakal menjawat jawatan itu.

Perkembangan itu hadir susulan langkah Bersatu menamakan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu baru-baru ini.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata usul yang mewakili ahli parti itu wajar dihormati sebagai hak dan kehendak mereka, dan ia akan dibawa ke Majlis Presiden PN untuk diputuskan secara konsensus.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat