Cahaya misteri di langit Maghribi sebelum gempa bumi cetus pelbagai teori

- Advertisement -

MARRAKESH – Sebuah rakaman video yang sempat direkodkan sebelum kejadian gempa kuat 6.8 skala Richter menggegar Maghribi pada Jumaat lalu hangat diperkatakan pengguna media sosial.

Menerusi klip tersebut, penampakan satu cahaya tidak dikenal pasti di langit dapat dilihat dengan jelas hingga mencetuskan pelbagai teori.

Profesor Karen Daniels, seorang ahli fizik di North Carolina State University bagaimanapun tampil menjawab persoalan tentang fenomena misteri tersebut.

“Orang ramai sering tertanya-tanya tentang keadaan itu. Ia boleh disebut sebagai cahaya gempa bumi dan berlaku di tapak tekanan seismik,” ujarnya.

Menurutnya, cahaya itu sukar dikaji kerana mustahil untuk meramalkan kejadian gempa.

Pada 2014, penyelidik menemui laporan tentang fenomena ‘cahaya udara’ melibatkan 65 kejadian gempa di Eropah dan Amerika ketika abad ke-18, ke-19 dan ke-20.

“Ada cahaya yang berlaku selama beberapa minit dan seperti kilat serta muncul dalam warna berbeza,” kata ahli seismologi di Boston College, Profesor John Ebel.

Salah satu hipotesis popular tentang fenomena itu ialah geseran antara plat tektonik telah menjana elektrik, namun pakar mempersoalkan kebenaran idea tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Palang Merah Antarabangsa merayu dana berjumlah AS$112 juta (RM524 juta) untuk menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada golongan terjejas gempa di Maghribi.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan selepas angka korban kini mencecah hampir 2,900 orang. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat