Amira Aisya ditempatkan di blok pembangkang DUN Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengumumkan tempat duduk wakil rakyat tunggal MUDA, Amira Aisya Abd Aziz yang mewakili Puteri Wangsa, dipindahkan ke blok pengimbang berkuat kuasa serta-merta.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kenyataan media Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman yang secara rasmi menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, keputusan memindahkan kedudukan kerusi Amira Aisya di DUN Johor itu juga berikutan surat pemakluman Ketua Pengimbang DUN Johor dari Blok Pakatan Harapan (PH) Chen Kah Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, semalam.

“Berdasarkan kenyataan media rasmi Presiden MUDA dan Ketua Pengimbang Johor semalam, maka dengan ini tempat duduk ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz dipindahkan sebaris dengan Blok Pengimbang Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa lapor Harian Metro di Johor.

Isnin lalu, MUDA dilaporkan tidak lagi berada dalam blok pengimbang PH di Johor selepas memutuskan kerjasama dan keluar daripada gabungan politik itu.
Ia susulan Presiden MUDA, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar secara rasmi mengumumkan keluar daripada blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Syed Saddiq dilaporkan berkata, ia sebagai protes terhadap keputusan pembebasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, sebagai permulaan menormalisasikan rasuah.

Semalam, Amira Aisya yang juga Timbalan Presiden MUDA diumumkan Ketua Pengimbang Johor bukan lagi duduk dalam blok PH di DUN Johor.

Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga ADUN Rengit berkata, majlis angkat sumpah oleh Ahli Dewan Negeri yang baharu dari Simpang Jeram, Nazri
Abdul Rahman akan dilaksanakan pada 14 September atau Khamis ini pada 9.30 pagi.

“Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negeri Simpang Jeram itu adalah bersempena mesyuarat ketiga penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke 15 yang diadakan Khamis ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat