PM Bayang Hajiji Sebagai Calon Ketua Menteri Sabah?

- Advertisement -

SABAH: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, difahamkan telah membayangkan calon PPBM untuk DUN Siluman dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang bermula hari ini, Datuk Hajiji Mohd Nor, akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya dari Barisan Nasional (BN), berjaya memenangi PRN kali ini.

Perkara ini dinyatakan oleh wartawan Astro Awani yang mengikuti proses penamaan calon sempena pilihanraya negeri kali ini dalam segmen Sabah Memilih yang sedang disiarkan sekarang.

Walaupun sukar dipastikan apakah perkara ini telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat terutama dari BN, tapi sekurang-kurangnya, pengumuman ini telah menyelesaikan satu masalah yang menyebabkan PN ‘agak ketinggalan’ di belakang Warisan, memetik perbincangan para panelis dalam segmen tersebut.

Selepas ini, gerak kerja kempen boleh menumpukan kepada usaha mendapatkan kemenangan dalam PRN Sabah tanpa perlu memikirkan tentang siapa yang akan menjadi Ketua Menteri sekiranya perikatan itu menang nanti.

Dalam perkembangan dari sumber yang sama, Muhyiddin turut difahamkan telah mengumumkan penubuhan Gabungan Rakyat Sabah bagi menyaingi Warisan+ dalam pilihanraya negeri kali ini. Gabungan ini akan dianggotai oleh parti-parti komponen yang membentuk PN dan BN di Sabah – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat