BN Sabah Akan Tentukan Calon Ketua Menteri – Zahid

- Advertisement -

KINABATANGAN: Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahidi ketika berucap kepada penyokong UMNO di Command Center BN di sini sebentar tadi menyebut bahawa BN Sabah akan menentukan siapa Ketua Menteri negeri itu.

Perkara ini menurut beliau, sesuai dengan autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah, seperti soal pemilihan calon yang ditentukan sepenuhnya oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin tanpa campur tangan dari UMNO Pusat.

Secara ringkasnya kata Zahid, calon Ketua Menteri akan dipilih oleh wakil rakyat BN yang menang dan untuk itu, semua pihak perlu berusaha keras untuk memastikan kemenangan parti dalam kempen pilihanraya kali ini.

Beliau turut memnbayangkan, penamaan ramai muka baru dalam proses pilihanraya kali ini adalah usaha UMNO unutk mencari pemimpin baharu yang bukan sahaja berjiwa rakyat bahkan mampu memberi Keutamaan kepada rakyat Sabah.

Ini penting kata Zahid kerana sudah 2 tahun rakyat negeri itu tidak dipedulikan oleh Warisan. BN akan menggunakan peluang ini untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Zahid turut berharap pengundi akan memilih calon-calon BN yang bertanding dalam parlimen Kinabatangan ini iaitu di N58 DUN Lamag, N59 DUN Sukau Datuk Jafry Ariffin serta Datuk Juhairi Hj Janan di N57 DUN Kuamut .

KDNK Sabah di bawah kepimpinan baharu nanti kata beliau, akan lebih baik berbanding dibawah kerajaan Warisan. BN jelas beliau, pernah mencapai 8.5% KDNK semasa memerintah Sabah.

Mengulas isu yang sama, pencapaian teruk ekonomi Sabah di bawah kerajaan Warisan hari ini kerana parti lebih banyak politik (dari berkhidmat untuk rakyat).

BN dan rakan sekutunya juga jelas beliau, akan memberi keutamaan kepada aspek kemudahan asas seperti meneruskan projek Pan Borneo, dan meningkatkan kemudahan asas di kampung-kampung. BN juga kata beliau, tidak akan terlalu menumpukan kepada pembangunan projek mega semata-mata.

Bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat Sabah pasca wabak Covid-19 nanti, kerajaan negeri yang baharu kata Zahid, akan menumpukan usaha untuk membantu golongan usahawan dan peniaga – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat