Hospital Pasir Gudang dijangka siap dua bulan lebih awal

- Advertisement -

ISKANDAR PUTERI – Hospital Pasir Gudang yang kini dalam pembinaan, dijangka siap dua bulan lebih awal dan dijangka beroperasi secara berperingkat, Februari depan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, ketika ini pembinaan hospital awal 60 hari daripada jadual.

“Mudah-mudahan hujung tahun kita boleh selesai dari segi pembinaan dan kalau selesai kita dapat serah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya dimaklumkan Februari tahun depan kita dapat beroperasi berperingkat,” katanya pada program Modal Insan Latihan MTLS yang julung kali diadakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kecemasan dan trauma di Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Pada Jun lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata hospital terbabit dijangka dapat beroperasi pada April ekoran pembinaan lancar.

Hospital Pasir Gudang dibangunkan di Bandar Seri Alam, Masai di kawasan berkeluasan 20.6 hektar dan dilengkapi dengan fasiliti 304 katil, 14 perkhidmatan pakar, lapan bilik pembedahan, 65 bilik konsultasi rawatan pesakit luar, rumah mayat, farmasi pandu lalu dan lebih 1,000 ruang parkir.

Hospital yang bernilai RM375.7 juta hanya 19 kilometer (km) dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan 12 km dari Hospital Sultan Ismail (HSI). – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat