- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kembali ke Dewan Undangan Negeri Selangor setelah menumpaskan Setiuasaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli di Dun Hulu Klang dengan majoriti 1,617 undi.
Azmin mendapat 25,597 undi menewaskan Juwairiya yang mendapat yang memperoleh 23,980 undi.
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun berkempen pada khamis lalu, ternyata ia belum mampu menyekat kemaraan Azmin yang sebelum ini kalah di kerusi Parlimen Gombak.
Malahan Perdana Menteri berjanji Juwariya akan diberikan mandat terus ke pejabat Perdana Menteri untuk selesaikan isu-isu penduduk Hulu Kelang.