UMNO tak perlu menjerit sampai masa PRU akan diadakan – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin parti politik harus memberi tumpuan kepada mengawal kenaikan harga barang dan impak inflasi yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin meningkat setiap hari.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, saban hari rakyat terpaksa berfikir bagaimana mahu mengimbangi kenaikan kos barang dan sara hidup, sehingga ada yang terpaksa berjimat cermat agar perbelanjaan harian mencukupi.

“Tapi ada sesetengah pemimpin UMNO di luar kerajaan tak habis-habis mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Dewan Rakyat secepat mungkin bagi diadakan satu Pilihan Raya Umum (PRU) yang lebih awal.

“Kononnya perjuangan mereka untuk parti dan rakyat, bukan untuk diri sendiri. Tapi apabila melihat tindak tanduk mereka yang mendesak supaya diadakan PRU seperti tidak sabar untuk berkuasa sepenuhnya di peringkat Persekutuan,” bidas Ahli Parlimen Setiawangsa itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Oleh yang demikian katanya, desakan untuk membubarkan Parlimen oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam UMNO ini adalah usaha untuk memastikan mereka kekal pada kedudukan yang mereka mahukan.

Umum mengetahui Perdana Menteri diasak bertubi-tubi untuk menyegerakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Malah ada pemimpin UMNO yang menggugut jika ditangguhkan ia akan mengakibatkan kekalahan kepada Barisan Nasional.

Ismail Sabri cuma membalas asakan itu dengan “tunggu masa yang sesuai” untuk mengadakan pilihan raya.

Beliau merujuk kepada masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup lain.

Mac lalu katanya, beliau tidak akan tergesa-gesa biarpun mendapat tekanan daripada UMNO berikutan kemenangan memberangsangkan BN pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat