ST lupus 2,022 barang rampasan bernilai RM2.2 juta

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melupuskan sejumlah 2,022 barangan rampasan bernilai RM2.2 juta menerusi Operasi Bitcoin.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Hj. Akmal Nasrullah Mohd Nasir telah melakukan gimik pelupusan itu, di pusat pembuangan dan pelupusan logam di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ST memaklumkan, pelupusan melibatkan 349 unit mesin bitcoin dan 1,219 unit kelengkapan elektrik yang terdiri daripada kelengkapan tanpa label keselamatan ST-SIRIM.

Selain itu, 445 unit kelengkapan elektrik daripada kes kecurian elektrik, dan 9 unit barangan lain yang terlibat di dalam kes-kes kemalangan elektrik.

Beliau berkata, ST telah mendapat arahan untuk pelupusan tersebut daripada Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) membabitkan 46 kertas siasatan oleh ST yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi ST, Ir. Dr. Sanjayan Velautham, dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan & Operasi Kawasan ST, Ismail Zaili Yusop.

Katanya, mesin bitcoin yang dilupuskan merupakan hasil barangan yang dirampas pada operasi serbuan bersepadu dalam Ops Renjat yang telah dijalankan oleh ST di lima buah premis tidak berpenghuni pada Oktober 2022 .

Ianya melibatkan pengusikan dengan cara sambungan pintasan haram terus tanpa melalui meter, menyebabkan kerugian melebihi RM 1.3 juta kepada pihak utiliti.

Selain itu, barangan lain turut dilupuskan merupakan kelengkapan elektrik yang dirampas oleh pihak ST pada operasi penguatkuasaan yang lain.

Ujarnya, ST telah melantik sebuah syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste ini dikendalikan secara lestari sebagai mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Pengurusan barangan kes ini melibatkan proses pengasingan (segregation) antara sisa terjadual (schedule waste) serta sisa yang boleh dikitar semula (recyclable waste) dan sampah (rubbish).

“Barangan ini akan dihantar ke pembeli serta ke fasiliti pemprosesan lengkap jadual (full recovery facilities) berdasarkan pengasingan yang dilaksanakan, ”menurut kenyataan itu lagi. – SUARA.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat